Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Japanese Crispy Cream Puff



I love cream puff!!!
Tapi aku tak suka cream puff yang cream dia keras.. Aku suka bila gigit cream puff tu custard cream dia pun meleleh leleh je...perghhh... memang owsom betol dapat makan cream puff yang sedemikian.. 

Japanese Crispy Cream Puff ni aku belajar kat Bzee Bakery Seremban. Kelas yang sama aku belajar buat durian crepe dulu. Kira sekali pakej la belajar Crepe and Puff ni. 

Apa yang membezakan Japanese Crispy Cream Puff ni dengan Cream Puff biasa adalah kulit puff dia yang crispy tu. Crispy dia tu ala-ala macam crispy papa roti tu ha.. Memang sedap!! Custard cream dia pula sama je dengan Cream Puff biasa.


 Tergoda tengok kegebuan Puff ni.. Geram rasa nak makan laju-laju.. ^^


 Medium Puff - 25pcs/RM30
Small Puff - 45pcs/RM40


Saturday, December 29, 2012

Durian Crepe


Durian Crepe?
Durian Pancake?
Bantal Durian?

Nama yang berlainan untuk sejenis makanan yang sama. Semua nama tu boleh pakai. Tak tau nak sebut crepe boleh sebut pancake... Susah nak sebut tulisan omputih? Bantal durian pun jadila.. hehe..

Durian crepe ni adalah sejenis desert yang super duper lazat lah bagi aku.. Buktinya? It has a fresh isi durian inside it and I'm crazy over durian. Bagi penggemar durian memang aku garenti akan menyukai desert ni..

Oklah, meh nak habaq skit rasa dia cam mana ye.. ermmm.. Tang kulit dia memang tak ada rasa apa pun sebab nipis sangat kot.. Krim kastad dia rasa lemak berkrim and then bila makan dengan fresh isi durian dalam tu dah jadi lemak manis berkrim disukai ramai lah kan.. huhu..

Aku belajar buat durian crepe ni kat Bzee Bakery kat Seremban nun.. Gigih aku apply cuti semata-mata nak pergi join kelas eventhough aku tak pernah pun rasa lagi benda ni time aku belajar tu.. But since dia melibatkan durian garenti mesti sedap punyela.. chewah..

Yang penting kata cikgu aku, kulit crepe yang nipis, krim kastad yang lemak dan kualiti isi durian yang digunakan. Nak sedap jangan pulak pilih durian longgok yang 5bijik 10hengget tu.. Pilihlah yang mahal skit kan barulah customer tak lari.. Kang buatnye durian tu tawar ke kita jugak yang rugi kan.. 

Durian crepe ni dijual dengan harga RM10/per pack. 1 pack ada 6 ulas kat dalam dia.. 

Cam gini lah packaging yang aku buat.. ^^


YUMMY!!!