Monday, December 31, 2012

Rainbow Cake


Rainbow Cake ni aku try guna resepi Whisk Kid.. Untuk pengetahuan kek ni tak menggunakan kuning telur sebaliknya hanya menggunakan putih telur sahaja.. Aku rasa tu saja kot beza nya dengan kek lain. Tekstur kek ni moist ala-ala rapuh skit.. Bila nak handle layer by layer kek tu dia agak sticky kat tangan.

Original frosting untuk kek ni bagi aku memang plain je. So untuk frosting aku tak follow resepi Whisk Kid tu. Aku pakai cream cheese frosting and I add a swirl of choc on every layer of the cake untuk menambahkan lagi kesedapan dan tambah lemak si pemakan kek ni. ^^

Rainbow Color

--Ombre--


Saturday, December 29, 2012

Durian Crepe


Durian Crepe?
Durian Pancake?
Bantal Durian?

Nama yang berlainan untuk sejenis makanan yang sama. Semua nama tu boleh pakai. Tak tau nak sebut crepe boleh sebut pancake... Susah nak sebut tulisan omputih? Bantal durian pun jadila.. hehe..

Durian crepe ni adalah sejenis desert yang super duper lazat lah bagi aku.. Buktinya? It has a fresh isi durian inside it and I'm crazy over durian. Bagi penggemar durian memang aku garenti akan menyukai desert ni..

Oklah, meh nak habaq skit rasa dia cam mana ye.. ermmm.. Tang kulit dia memang tak ada rasa apa pun sebab nipis sangat kot.. Krim kastad dia rasa lemak berkrim and then bila makan dengan fresh isi durian dalam tu dah jadi lemak manis berkrim disukai ramai lah kan.. huhu..

Aku belajar buat durian crepe ni kat Bzee Bakery kat Seremban nun.. Gigih aku apply cuti semata-mata nak pergi join kelas eventhough aku tak pernah pun rasa lagi benda ni time aku belajar tu.. But since dia melibatkan durian garenti mesti sedap punyela.. chewah..

Yang penting kata cikgu aku, kulit crepe yang nipis, krim kastad yang lemak dan kualiti isi durian yang digunakan. Nak sedap jangan pulak pilih durian longgok yang 5bijik 10hengget tu.. Pilihlah yang mahal skit kan barulah customer tak lari.. Kang buatnye durian tu tawar ke kita jugak yang rugi kan.. 

Durian crepe ni dijual dengan harga RM10/per pack. 1 pack ada 6 ulas kat dalam dia.. 

Cam gini lah packaging yang aku buat.. ^^


YUMMY!!!

Kek Lapis India @ Kek Lapis Cadbury



Nama sebenar kek ni adalah Kek Lapis India. But for me, aku lebih prefer nama Kek Lapis Cadbury.. (Memandai je aku tukar nama kan. huhu...) Nampak lebih terserlah kek ni setelah diberi nama baru.. chewah..

Aku pun tak tau kenapa kek lapis ni diberi nama Kek Lapis India. Kek ni bukanlah color gelap pun.. Maybe ni India Hindustan sana nun.. Ala, yang India Bollywood tu ha..  haha.. Memandai je aku ni..

First time aku rasa kek ni time aku still in my secondary school. Kakak ipar aku pergi Sarawak time tu and then dia bagi ni kat kitorang. Memang makan berebutlah ngan adik-adik aku al-maklum lah kitorang ni memang hantu coklat. huhu.. Then dah jadi peristiwa bersejarah lah kek ni kan.

Sampailah tetiba rasa macam refresh balik kesedapan kek ni time memula timbul minat aku dalam dunia bakery ni ha.. Apa lagi aku pun google la resepi kek ni.. Memang susah jugak la nak carik resepi ni but I manage to get the recipe. So, aku pun try and error that recipe, plus minus the ingredients and hasilnya adalah....

************************
******************
************
******
***
*

sangat jadik okay dan sangat lazat..^^ terasa coklat cadbury tu cair di mulut.. ahakzz...


Ginilah ghupenye bila dah dipotong-potong..

So, interested? Email me at wanie2425@yahoo.com.. ^^

Friday, December 28, 2012

Moist Chocolate Cake






Moist Chocolate Cake ni aku pakai resepi Chef Zubaidah. Kek ni kukus dan memang sangat-sangat moist. Sesiapa yang gile coklat mesti suke giler kat kek ni..

Kalau cenggini simple harganya RM35. Kalau nak tambah stroberi or other deco harganya bisa dirunding. Depends on what deco would you like for me to deco.. ^^

Cheese Cake Seputih Salju





Selama aku meniaga kek kecil-kecilan ni, kek cheese ni lah yang paling laris sekali. Memang aku boleh guarantee sesiapa yang rasa kek ni pasti nak lagi.. hehe.. Tapi itu pun bagi peminat cheese la kan. Bagi yang tak berminat pada cheese tu bagi free pun takmo ye dok.. huhu..

Kek ni aku jual previously RM45. Tapi sekarang bila calculate balik kos, aku revise balik harga menjadi RM50 ye.. So harga baru cheese cake seputih salju ni adalah RM50.. Berat kek ni pulak lebih kurang 1.2kg-1.4kg..

Ada tak orang yang tertanya-tanya cam mana rasa kek ni? Meh le aku describe skit ye. Kek ni asasnye adalah kek sponge gebu yang mana bahagian tengah dan atas dilepa dengan cheese yang lemak lagi manis giteww.. Finishing bagi kek ni pulak diparutkan cheddar cheese sebagai toppingnya.. So kat dalam mulut kita ada rasa lemak manis kek gebu, lemak manis krim cheese dan lemak masam manis parutan cheese. Ada macam-macam rasa giteww bercampur jadi satu.. Memang best dan aku sendiri pun memang akan makan non stop..

Close-up dekat sikit rupa kek ni cam mana..


Yang ni aku buat mini version.. 


Yang ni ada orang request nak angry bird untuk birthday anak dia.. ^^


Wednesday, October 3, 2012

Sesi Berkenalan (^_^)v..

 
Assalamualaikum w.b.t pembuka kata kepada blog baru ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi cerita dapur kepada sesiapa yang suka berkongsi. Bila dah namanya dapur, of course la ianya berkaitan dengan masakan. Takkan lah pakaian ye tak.. :)

Dunia masakan sangat luas dan subjektif. It could be anything and everything.. Kita boleh berkongsi dalam pelbagai cara dan medium. Resepi, review, komen, idea dan macam-macam.

Nak sesi berkenalan tak?? Hehe.. Tuan punya blog bernama Hazwani Mahiruddin. Mostly orang panggil Wanie je.. Kat blog ni biarlah kita bahasakan diri dengan saya or kita.. ;) Nampak lebih sopan dan ayu gitu..

That's all for intro today.. Kita tepek 1 gambar macaron dulu ek. Cerita pasal dia kemudian okay.. Tata titi tutu..

Macaron 2425